2.5 JUTA BOLEH HADIR HIMPUNAN PH – ANNUAR

 

Tan Sri Annuar Musa yakin pembangkang mampu menarik kehadiran 2.5 juta penyokongnya pada perhimpunan yang akan diadakan di ibu kota, Sabtu ini.

Ketua Penerangan UMNO itu berkata, Jika PAS secara bersendirian mampu untuk menghimpunkan lebih 200 ribu penyokong dan ahli mereka pada perhimpunan Fastaqim, beliau yakin perhimpunan Pakatan Harapan (PH) itu lebih ramai.

Dalam nada menyindir, Annuar meminta rakyat Malaysia yang ingin datang ke Lembah Klang pada Sabtu ini supaya merancang perjalanan terlebih dahulu bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Mat Sabu saja saya rasa boleh memanggil lebih 500 ribu ahli dan penyokong PAN untuk turun perhimpunan itu.

“Itu baru Mat Sabu, tidak termasuk pemimpin-pemimpin lain lagi dalam PH. Sebab itu saya yakin, perhimpunan ini mungkin akan dihadiri oleh berjuta-juta ahli dan penyokong mereka, jadi orang ramai rancanglah perjalanan Sabtu ni kalau hendak ke Petaling Jaya,” sindir Annuar.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebaik sahaja selesai program diskusi ‘Anda Tanya, Kita Jawab’ yang diadakan di PWTC, pada Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.