PERTAHAN AKIDAH ASWJ : PAHANG SEDIA IKUT JOHOR

image (1)

 

Oleh Haspaizi Mohd Zain

Pahang tidak menolak kemungkinan akan mengikut jejak Johor mengharam mana-mana pendakwah yang membawa fahaman bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) daripada bercermah di negeri itu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata bagaimana pun perkara itu akan diputuskan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) yang mana Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua MAIP.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) wajar dipuji dan satu tindakan tepat bagi memelihara serta mempertahankan akidah ASWJ yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

“Di Pahang kita memantau kemasukan penceramah yang membawa fahaman berbeza dengan ASWJ dan kita tidak menolak kemungkinan untuk mengikut jejak langkah MAIJ, bagaimanapun kita tunggu keputusan MAIP. Namun, kemungkinan itu ada.

“Kita memandang serius terhadap mereka yang mempunyai bahan bacaan tidak bermazhab ataupun suka membidaah amalan umat Islam seperti tahlil dan sebagainya kerana ini boleh membawa kepada ancaman keselamatan.

“Oleh itu kita menyokong keputusan MAIJ dan semua pihak perlu aku kepada pendirian yang sudah dibuat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini, MAIJ menyenaraikan 16 penceramah yang dianggap membawa fahaman bercanggah dengan akidah ASWJ di larang daripada menyampaikan ceramah agama di negeri itu.

Turut tersenarai dalam 16 individu yang dilarang itu ialah, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata 16 penceramah yang disenaraikan MAIJ itu juga turut diharamkan berceramah di negeri itu.

Cuma bezanya majlis agama negeri itu tidak menyenaraikannya seperti mana dilakukan oleh MAIJ, malah ada diantara mereka memohon tauliah untuk berceramah, tetapi tidak diluluskan.

“Saya rasa di Malaysia, undang-undang Syariah kita sudah jelas berpegang kepada ASWJ. Sebelum Johor ambil tindakan macam itu, ada antara mereka kita sudah menolak.permohonan sebelum ini.

 

 

4 Responses to "PERTAHAN AKIDAH ASWJ : PAHANG SEDIA IKUT JOHOR"

  1. Iliaa   February 7, 2016 at 9:05 pm

    Islam bukan kepuyaan majlis2 ugama negri.Sepatutnya apa yg disaràhkan olih pensyarah2 bebas diteliti dalil2 nya jika benar ia adalah Sunah rasulallah.Agama bukan budaya bolih ditokok tambah
    Jika mereka tidak sapendapat dgn kamu bukan bermaana hanya kamu yg benar.Jika dalil yg diketengàhkan nyata Sahih ia perlu diambil kira.ini agama ALLAH
    WAssalam

    Reply
  2. Alf-Thani   February 8, 2016 at 2:22 pm

    Wahai Sahibus Samahah Mufti Pahang, tuan kata kita perlu mengikut manhaj ahli sunnah wal jamaah. Namun begitu, saya telah melihat tuan mufti dalam Youtube menyatakan bahawa tarekat Tijaniyya ialah tarekat yang muktabar dan sanad amalannya benar. Sedangkan amalan tarekat tijaniyya merupakan amalan yang paling menyalahi manhaj ahli sunnah. Salah satu amalannya adalah selawat fatih yang menyatakan jika seseorang membacanya, maka ia akan mendapat pahala 6 kali khatam Quran.

    Dalam ahli sunnah wal jamaah pula, baca surah al-ikhlas baru dapat 1/3 Quran. Adakah amalan Tijaniyya ini dapat melawan Quran dan Hadis sahih!? Tuan mufti pula melarang buku-buku yang tak bermazhab, sedangkan tijaniyya ni pakai mazhab celaka mana yang kata boleh dapat pahala 6 kali khatam Quran ni!?

    Adakah zaman tabi’in melarang memakai pendapat-pendapat daripada para sahabat yang lain? Budaya apakah yang hendak dibawa dengan menyatakan kita perlu ikut satu mazhab? Bertaubatlah kembali kepada Quran & Sunnah…

    Reply
  3. Mat Sunnah   February 10, 2016 at 9:00 am

    Adakah amalan rasulullah sallahu’alaisalam dan para sahabah tanpa tahlil ketika hayat mereka adalah ASWJ?

    Reply
  4. jojo   March 9, 2016 at 2:54 pm

    Aqidah qasidah headbanging yg dipuja2. Aqidah puja kubur boleh. Naqshabandiah yg memang sesat dibenarkan. Tlg guna akal yg Allah beri tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.