33 PENDEPOSIT TERLEPAS GILIRAN HAJI KERANA PERCAYA FITNAH

Minister in the Prime Minister's Department, Jamil Khir Baharom speaks during a press conference at the Islamic training institute in Bangi on  June 2, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Kerana percaya dengan fitnah pihak yang tertentu yang mendakwa Tabung Haji menghadapi masalah kewangan, 33 pendeposit terlepas giliran untuk menunaikan haji kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Lebih malang lagi kata Jamil, empat orang daripadanya hanya perlu menunggu selama empat tahun lagi sebelum dapat giliran untuk menunaikan ibadah itu.

“Ada yang tarik diri kerana dia yakin Tabung Haji tak mampu untuk tampung dia pergi haji. Malah ada yang nak minta duit kembali.

“Sedangkan saya dimaklumkan oleh Tabung Haji, kena tunggu 82 tahun untuk pergi haji kalau daftar sekarang. Jadi inilah persepsi dan keganasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Bicara Persada bertajuk Keganasan Persepsi: Cabaran Terhadap Perpaduan Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.

“Dalam kes ini, Tabung Haji telah dibina satu persepsi kononnya Tabung Haji berdepan masalah kewangan yang meruncing, aset Tabung Haji dikatakan tidak cukup untuk bayar pendeposit.

“Akhirnya masyarakat percaya sehingga ada yang tanya kepada saya kenapa tak jelaskan. Minggu depan saya akan buat pengumuman untuk buktikan kita punyai keuntungan lebih RM60 bilion,” katanya.

Dakwaan kononnya Tabung Haji menghadapi masalah kewangan timbul apabila surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu, diputar-belit sesetengah pihak.

Penyebaran surat dari BNM melalui media telah menyebabkan Tabung Haji dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis ‘separuh masak’ dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit Tabung Haji menjadi mangsa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.