SERPIHAN SEPADAN BOEING 777

liow1

 

Dua serpihan pesawat yang ditemui terdampar di persisiran pantai di Mozambique disahkan konsisten dengan pesawat jenis Boeing 777 dan hampir sama dengan MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dicapai menerusi analisis dikendalikan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan Geoscience Australia selama tiga hari berakhir semalam.

“Analisis terperinci itu antara lain mengesahkan dimensi, bahan dan pembinaan serpihan yang ditemui di persisiran negara Afrika Selatan itu bertepatan dengan spesifikasi pesawat jenis Boeing 777.

“Cat dan penstensilan (corak yang dihasilkan pada permukaan menggunakan acuan) serpihan itu adalah sepadan dengan yang digunakan syarikat Malaysia Airlines (MAS),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Penyiasat bebas, Blaine Gibson, pada 3 Mac lalu menemui objek berukuran kira-kira semeter, dipercayai penstabil mendatar pesawat MH370 yang terdampar di persisiran pantai di Mozambique.

Penemuan selepas ‘flaperon’ MH370 ditemui di pantai Pulau Reunion, Perancis pada 29 Julai tahun lalu memberi harapan kepada pasukan penyiasat mengenai bukti baharu pesawat berkenaan. MH370 dilaporkan hilang daripada radar, kira-kira 40 minit berada di udara sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.