MAHATHIR NAFI DIRINYA DIKTATOR

13c4c6d6-0b39-4ea0-8143-05ae223b5ed5

 

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dirinya seorang diktator ketika mentadbir negara selama 22 tahun walaupun mengakui perkara itu pada sidang media selepas kongres “Selamatkan Malaysia” baru-baru ini.

Kata Tun Mahathir, sekiranya beliau seorang diktator, beliau tidak akan meletak jawatan seperti mana yang dikehendaki oleh suara-suara ‘halus’ terhadap beliau.

“Saya amat kecewa apabila saya dengar suara halus yang membisik kepada saya ‘awak sudah tua, bagilah peluang kepada orang muda.’ ‘Sudah 22 tahun jadi Perdana Menteri, nak jadi Perdana Menteri sampai bila?. Dan saya pun sahut desakkan itu, dan saya letak jawatan.

“Saya bukan hendak jawatan itu untuk diri saya, kononnya saya ini diktator. Diktator mana yang pernah letak jawatan ini? (Adolf) Hitler ada letak jawatan ka? (Benito) Mussolini digantung, Hitler bunuh diri. (Joseph) Stalin matilah tetapi letak jawatan tidak juga.

“Tapi saya letak jawatan untuk memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain, dengan harapan kerana mereka lebih muda daripada saya, mereka akan lebih cekap membangunkan negara,” katanya ketika berucap di program Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang MPAJ, Pandan Indah, Ampang, Selangor malam Selasa.

Tun Mahathir sebelum ini mengaku bahawa beliau merupakan seorang diktator semasa memegang tampuk pentadbiran Malaysia selama 22 tahun.

Namun begitu, bekas perdana menteri itu mendakwa bahawa rakyat tidak pernah turun demonstrasi terhadapnya, tidak seperti Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi gerakan Selamatkan Malaysia yang menuntutnya undur.

“Saya juga diktator dulu. Tetapi tidak mengapa, rakyat tidak demonstrasi terhadap saya dulu,” kata Tun Mahathir.

 

Oleh Shaik Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.