MEMANG DAP KALAH BESAR-KIT SIANG

 

DAP mengakui parti itu kalah besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) dan akan melakukan kajian berhubung kekalahan itu.

DAP juga turut mengakui faktor Tan Sri Adenan Satem banyak membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ketika sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur merakamkan penghargaan kepada Adenan yang terus menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak.

“Memang DAP kalah besar pada PRN ini tetapi jika dibanding dengan keputusan PRN lain sebelum ini kecuali pada tahun 2011, keputusan kali ini tidaklah begitu teruk,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen. Sementara itu, Chieng Jen mengakui faktor Adenan menjadi punca kekalahan besar DAP dalam PRN kali ini kerana sokongan masyarakat Cina beralih kepada Barisan Nasional (BN).

“Kami perlu memandang ke depan dan berusaha untuk meraih kembali sokongan masyarakat tempatan pada masa akan datang,” katanya.

Pada PRN ini, DAP hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek, Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu manakala lima kerusi iaitu di Batu Kawah, Piasau, Meradong, Repok dan Dudong kembali dikuasai BN.

 

By Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.