PAS AKUI FAKTOR TOK NAN PUNCA BN MENANG BESAR

Mukhtar-Suhaili
PAS mengakui faktor ‘good feel’ terhadap Tan Sri Adenan Satem secara keseluruhannya mempengaruhi kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).

Faktor itu mengakibatkan PAA gagal melahirkan ‘anak pertama’ di Sarawak serta beberapa kawasan peratusan undi yang diperoleh merosot.

Cubaan PAS untuk menarik pengundi Cina dan membuang persepsi bahawa PAS parti yang tertutup masih belum berjaya.

Masyarakat Cina masih mempunyai tanggapan yang negatif terhadap PAS dan antara dapatan awalnya ialah pengaruh media yang tidak menyebelahi PAS.

Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili, berkata PAS tidak berjaya menembusi Kerusi majoriti kaum Dayak (Kakus) dan Cina (Pujut).

“PAS hilang wang deposit di kedua-dua kerusi ini. Ini mungkin kerana sentimen perkauman dan agama yang cuba dimainkan dan dipersepsikan terhadap PAS, contohnya DAP melabel PAS anti bukan Islam.

“Di kerusi-kerusi campuran, PKR dan DAP lebih diterima berbanding PAS. PAS hilang deposit dan ketinggalan berbanding PKR atau DAP di Lambir, Samalaju dan Jepak meskipun PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun di tempat-tempat tersebut,” katanya dalam analisis awal kekalahan parti itu pada PRN Sarawak kali ini.

Suhaili berkata, PAS jua tidak berjaya menarik undi pengundi Iban dan antara faktor awal yang dikenalpasti ialah wujudnya cubaan pihak-pihak tertentu menakut-nakutkan pengundi bahawa PAS sebuah parti ekstrem.

By Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.