PAKATAN PEMBANGKANG DAN PAS HILANG DEPOSIT DI 36 KERUSI

download

 

Pakatan pembangkang hilang wang pertaruhan di 36 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan 72 kerusi sekaligus memberi isyarat rakyat Sarawak menolak politik yang dibawa pembangkang.

Keputusan pilihan raya kelmarin menyaksikan DAP berjaya memenangi tujuh kerusi dan PKR tiga kerusi.

Namun apa yang lebih menarik pada pilihan raya kali ini DAP hilang wang pertaruhan di tujuh kerusi daripada 31 kerusi ditandingi, manakala PKR pula hilang wang pertaruhan di 10 kerusi.

Parti Amanah Negara (PAN) yang membuat penampilan pertama hilang wang pertaruhan di 12 daripada 13 kerusi ditandingi.

PAS pula yang bertanding di 11 kerusi hilang wang pertaruhan di tujuh kerusi.

Parti Islam itu yang bergerak bersendirian pada PRN-11 itu hilang wang pertaruhan di kerusi Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya; Beting Maro; Kakus; Jepak; Samalaju; Lambir dan Pujut.

Malah undi PAS merosot dibeberapa kerusi khususnya yang berlaku lima pertembungan termasuk kawasan yang turut ditandingi PAN.

 

By Haspaizi Mohd Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.