TIGA TIMBALAN KETUA MENTERI DALAM BARISAN KABINET ADENAN

TA02946

 

Tiga Menteri kanan diumum sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam Kabinet baharu Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Menteri, tiga Menteri bagi jawatan itu ialah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Abang Johari Openg.

Uggah turut memegang portfolio Menteri Pemodenan Pertanian dan Masing turut bertanggungjawab terhadap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan manakala Abang Johari memegang portfolio Pelancongan, Perumahan dan Urbanisasi.

Pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak petang tadi, Adenan turut mengumumkan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian menganggotai barisan Kabinet.

Beliau turut mengekalkan Datuk Seri Wong Soon Koh, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong dan Datuk Fatimah Abdullah.

Katanya, barisan Menteri Muda akanĀ  diumumkan dalam masa terdekat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.