DR VIDA JUAL NASI LEMAK ‘PINK’ PULA

20160128_vida_bernama_620_426_100

 

Pengeluar produk Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) ‘buat hal lagi’ kali ini dengan menjual nasi lemak berwarna merah jambu yang menjadi kegemarannya.

Menerusi Facebooknya, satu video pendek berdurasi 30 saat memaparkan kelibat beliau yang kini sibuk mempromosikan ‘produk’ terbaharu keluaran syarikatnya iaitu ‘Nasi Lemak Pink’.

Menurut Hasmiza ataupun lebih dikenali sebagai Dr Vida, ‘Nasi Lemak Pink’ itu akan dijual olehnya di sekitar simpang tiga Janda Baik, Pahang.

wd-768x433

“Siapa yang nak rasa nasi lemak saya. Yang kebetulan lalu di simpang tiga Janda Baik… Boleh singgah beli… nasi lemak ‘pink’ saya.

“Siapa nak rasa nasi lemak saya yang pasti mengancam ‘dap erhhhh’. Bolehlah ke simpang tiga Janda Baik,” katanya.

Video yang dimuat naik semalam itu telah ditonton lebih seratus ribu pengikutnya menerusi Instagram peribadi Dr Vida.

Rata-rata peminatnya memberikan sokongan padu kepada Dr Vida dengan menyatakan keterujaan untuk mencuba nasi lemak ‘pink’ tersebut.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.