HUSAM ‘PENIPU’ – AMAR

 

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan Datuk Husam Musa sebagai ‘penipu’ kerana banyak tuduhannya terhadap Kerajaan PAS Kelantan selama ini adalah tidak benar.

Sehubungan itu, Mohd. Amar yakin rakyat tidak akan terpengaruh dan percaya dengan pelbagai tuduhan oleh Naib Presiden PAN itu.

“Husam ini pelawok (penipu) setiap kali dalam ceramahnya yang menyerang kerajaan negeri, dia (Husam) menipu bukan sekali, tetapi sudah banyak kali.

“Individu beginikah kita hendak jadikan sebagai pemimpin. Dia tuduh kita terima duit UMNO RM90 juta, makan duit balak, seleweng tetapi tidak tunjuk bukti.

“Selama ini, saya tidak pernah sebut nama dia, hari ini sebab datang tempat dia (Salor) saya sebut,” katanya ketika berucap dalam Himpunan dan Solat Hajat Perdana di Wisma Tok Guru, Salor pada Khamis.

Mengulas lanjut dalam sidang media selepas himpunan itu, Mohd. Amar berkata, pada peringkat awal, pimpinan kerajaan negeri sememangnya mengambil sikap tidak menjawab serangan Husam.

Katanya, bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu dilihat terus melempar tuduhan demi tuduhan tidak berasas.

“Tuduhan Husam terhadap kerajaan boleh dikatakan semua tidak betul,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.