USTAZ WADI SUDAH MULA SEDAR

 

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar yang terlibat dalam kemalangan di Bukit Merah pada Rabu kini sudah mula sedar.

Beliau yang kini dirawat di Hospital Taiping itu dikatakan patah bahu dan mengalami kecederaan luar akibat kemalangan itu.

Dalam kejadian semalam, Wadi dan seorang lagi rakannya, Ustaz Murtadza Yusof dan ayahnya serta Ustaz Hambali Zulkifli terlibat dalam kemalangan di Kamunting, Perak.

Bagaimanapun, walaupun sedar namun beliau masih dalam keadaan lemah dan tidak mampu lagi bercakap.

Sementara itu, Murtadza yang mengalami pendarahan otak kini menjalani pembedahan yang agak berisiko tinggi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.