ISA SAMAD GUNA ‘LALUAN RAHSIA’

 

Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, telah memberi keterangan berhubung siasatan pemindahan hak milik tanah FELDA kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman di Menara 238, Jalan Tun Razak.

Isa bersama empat pegawainya dipercayai menggunakan laluan rahsia di menara berkenaan bagi mengelak dikesan pihak media yang menunggunya sejak jam 8 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata Isa tiba di pejabat JSJK pada jam 10.30 pagi.

“Saya mengesahkan beliau (Isa) ke sini berhubung siasatan kes tanah FELDA bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Beliau adalah individu kesembilan yang diambil keterangan. Proses masih berjalan dan akan bersambung petang ini selepas solat Jumaat,” katanya ketika ditemui, pada Jumaat.

Amar berkata, pihaknya dijadual merakam percakapan seorang lagi individu, Isnin ini.

Kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.