MANGSA BANJIR MENINGKAT

 

Seramai 11,991 mangsa banjir direkodkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Johor, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga 8 malam tadi.

Menurut kenyataan NADMA, semua negeri terbabit mencatatkan peningkatan jumlah mangsa sejak tiga hari lalu.

“Terdapat 3,285 keluarga terjejas dan kini ditempatkan di 77 pusat pemindahan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, NDCC memaklumkan amaran cuaca buruk dan amaran cuaca waspada telah ditamatkan di keempat-empat negeri terbabit.

 

Sumber BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.