SYABAS MAHATHIR DAN WAN AZIZAH, TAKZIAH AZMIN ALI – JAMAL

 

“Takziah kepada Azmin Ali”, ucap Datuk Seri Jamal Md Yunos kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana tidak dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri (PM) Pakatan Harapan (PH).

Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar menyifatkan pucuk pimpinan PH menolak Azmin sebagai calon PM berkaitrapat dengan ‘keburukkan’ beliau.

“Harapan beliau untuk dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri ditolak oleh rakan-rakan mereka, kerana beliau adalah seorang pemimpin yang dilihat korup, terlibat dengan rasuah, tidak beretika dan tidak sesuai diangkat lebih daripada jawatan sedia ada”, katanya dalam satu rakaman kenyataan kepada Watan-Online.com pada Isnin.

Dalam pada itu, Jamal turut mengucapkan tahniah di atas pencalonan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai calon Perdana Menteri dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri untuk PH.

 

“Saya menyokong penuh dan mengucapkan syabas kepada Mahathir dan Wan Azizah.

“Pemilihan mereka sebagai calon adalah cukup tepat dan baik sekali”, katanya dalam nada sinis.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.