RAKYAT MALAYSIA MATI DITEMBAK DI INDONESIA

 

Pasukan polis Indonesia menembak mati seorang rakyat Malaysia dalam satu operasi membenteras dadah, pada Selasa.

Portal berita Tribun News yang memetik Ketua Polis Sumatera Utara, Paulus Waterpauw melaporkan, rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Chin Yoo Fah, 57 tahun yang bekerja sebagai tukang masak.

“Turut ditembak dalam operasi tersebut adalah dua rakyat Indonesia yang dikenali sebagai Tan Siong Tiong, 45, dan Joni @ Aguan, 47, selain merampas sejumlah dadah jenis syabu seberat 15 kilogram.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek kerana mereka cuba melarikan diri,” katanya.

Sebelum itu, Yoo Fah ditahan selepas rakan subahatnya yang dikenali sebagai Azhari, 35, ditangkap polis.

Kemudian, polis menahan tiga lagi suspek termasuk Siong Tiong dan Joni.

Jelas Paulus, syabu yang dirampas dalam operasi tersebut dipercayai dibawa masuk dari Malaysia melalui pelabuhan Pekan Baru.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.