TRUMP TOWER TERBAKAR

 

Dua orang cedera, seorang dalam keadaan serius akibat kebakaran di Trump Tower milik Presiden Amerika Syarikat di bandar Manhattan.

Jabatan Bomba New York berkata, seorang anggotanya juga cedera akibat terkena serpihan yang jatuh.

Anak Donald Trump berkata, kebakaran itu disebabkan kebakaran elektrik di bumbung bangunan tersebut.

“Bomba tiba dalam beberapa minit dan melaksanakan tugas dengan baik,” kata Eric Trump.

Kebakaran itu dilaporkan melalui panggilan telefon selepas bumbung bangunan 68 tingkat itu terbakar.

Trump Tower merupakan kediaman Trump sebelum memenangi pilihan raya Amerika Syarikat.

Trump berada di Washington ketika kejadian.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.