ANWAR ENGGAN JUMPA MAHATHIR – JAMAL

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan enggan berjumpa dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamed di Hospital Rehabilitasi Cheras pada petang semalam (Rabu).

Anwar dikatakan telah mengarah pegawai penjara yang bertugas mengiringinya agar tidak membenarkan Mahathir menemui beliau.

Kejadian tersebut didedahkan oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos melalui kenyataan rakaman suara kepada Watan Online pada Khamis.

“Saya mendapat maklum larangan tersebut adalah diatas permintaan Anwar sendiri supaya Mahathir tidak dibenar berjumpa dengan beliau.

“Jadi jangan salahkan orang lain atau pihak-pihak tertentu,”katanya.

Jamal diminta mengulas tindakan Nurul Izzah Anwar yang dikatakan Mahathir sebagai ‘tour guide’, Jamal berkata, “Kemungkinan besar juga Nurul Izzah tahu, tapi untuk menjaga hati Mahathir, dia sengaja berlakon seolah-olah mengiringi Mahathir. ”

Menurut Jamal, sandiwara itu merupakan tindakan untuk memperbodohkan serta menggunakan kewibawaan Mahathir bagi mendapat sokongan dari penyokong UMNO supaya bersama pembangkang.

“Mereka cuba ingin memperbodohkan Mahathir supaya Mahathir boleh ‘syok’ sendiri.

“Mereka anggap Mahathir boleh memecahkan setidaknya 10-15% penyokong UMNO untuk berpihak kepada pakatan.

“Kita tunggu dan lihat apa sandiwara seterusnya yang akan mereka lakukan,” katanya.

 

Oleh Hazierra Lukman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.