TPM TAK HALANG MAHATHIR JUMPA ANWAR

 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan memberi arahan kepada Jabatan Penjara untuk menghalang perjumpaan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

SebaliknyaTimbalan Perdana Menteri berkata, kuasa memberi kebenaran bagi sebarang pertemuan adalah tertakluk kepada pihak Penjara Sungai Buloh.

“Bukan kerana menteri (Menteri Dalam Negeri), kuasa itu kuasa dia (pihak penjara). Saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN, di Putrajaya, pada Khamis.

Semalam, Pengerusi PPBM itu mendakwa beliau tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Penjara untuk melawat Ketua Umum PKR itu, yang sedang menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan bahu kanan pada November lalu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.