TUN MAHATHIR TAK MOHON JUMPA ANWAR – NURUL IZZAH

 

Nurul Izzah mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat permohonan rasmi untuk bertemu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara.

“Tiada permohonan bertulis dari Dr Mahathir,” kata Naib Presiden PKR kepada sebuah portal berita.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR itu mempersoalkan kenapa pihak lain mendapat kebenaran tanpa membuat permohonan rasmi.

“Menteri-menteri yang melawat, termasuk PM dan Datin Seri Rosmah, Nazri Aziz dan Zahid Hamidi juga mendapat kebenaran tanpa bertulis,” dakwanya.

Semalam Dr Mahathir tidak dibenarkan bertemu Anwar di Hospital Pemulihan Cheras atas arahan pihak berkuasa.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dilaporkan mengiringi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.

Pada pagi tadi, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar menjelaskan larangan itu adalah bagi mengelak timbulnya kontroversi dan disyaki mempunyai ancaman keselamatan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.