ANGGOTA TENTUKAN KEPERLUAN ASET TUDM – HISHAMMUDDIN

 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan keperluan dan hala tuju Institut Perubatan Penerbangan (IPP) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditentukan oleh anggota yang kerap mengguna serta mengendalikan aset pasukan.

Langkah pemberian kuasa pengendalian aset dan fasiliti itu sejajar dengan usaha kementerian dalam menggalakkan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dilaksanakan di setiap peringkat.

“Biar pengguna akhir (pegawai dan anggota) yang tentukan hala tuju keperluan IPP termasuk aset dan fasiliti kerana mereka yang banyak menggunakannya dalam pelbagai operasi TUDM,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang, pada Jumaat.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja di IPP dan tinjauan kesiapsiagaan pesawat TUDM.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.