DUA REMAJA PALESTIN DITEMBAK ISRAEL

 

Dua remaja Palestin ditembak mati tentera Israel dalam dua pertempuran berasingan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Menurut sumber perubatan Palestin dan beberapa saksi, seorang remaja berusia 16 terbunuh dan dua cedera ketika bertempur dengan tentera Israel berhampiran sempadan Gaza-Israel.

Dalam kejadian itu, mereka didakwa membaling batu ke arah tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, rusuhan ganas meletus di dua lokasi sepanjang sempadan Gaza dan 50 penduduk Palestin menyertainya, membaling batu dan menggolekkan tayar yang terbakar ke arah anggota tentera.

Remaja kedua yang juga berusia 16 tahun maut dalam rusuhan di kampung Bureen berhampiran Nablus di tengah Tebing Barat.

 

Sumber Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.