‘MAHATHIR IBARAT KERETA LAMA DAN KENA BUANG’ – PATRICK OOI

 

Presiden Penang Front Party (PFP), Datuk Patrick Ooi menyifatkan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebuah kereta yang sudah lama dan dan kerap mengalami rosak.

Menurutnya, Mahathir bukan sahaja tidak sesuai dipilih semula sebagai perdana menteri, malah dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada Pakatan Harapan (PH).

“Sebenarnya ini adalah satu berita baik untuk PFP kerana kita takut (Menteri Besar Selangor) Datuk Seri Azmin Ali akan diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

“Kita takut sebab mereka ambil satu tenaga baru yang muda. Beliau pernah mentadbir Selangor dengan begitu baik dan banyak pembangunan di Selangor.

“Takkan kita nak balik kereta yang dah tua nak dekat rosak atau kena buang itu? Selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri, beliau sudah dapat banyak kutukan daripada DAP.

“Beliau dikatakan perasuah yang terbesar, orang jahat, menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk memenuhi kehendak sendiri dan menggunakan status Bumiputera untuk kayakan anak-anak serta kroni-kroninya,” katanya.

Beliau berkata, menjadi persoalan apabila orang yang dianggap jahat itu pula dipilih sebagai calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan.

“Kita rasa ada sesuatu yang tidak betul dan satu kekecohan sedang berlaku apabila DAP juga hanya menerima jumlah kerusi yang sedikit untuk dipertandingkan pada PRU14,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.