PM : LANTIK SAYA AKAN BAWA KEKALAHAN – MAHATHIR

 

Dalam tulisan terbaru diblognya pada Jumaat, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir bahawa pemilihan beliau sebagai calon Perdana Menteri akan menyebabkan kekalahan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Beliau juga mempersoalkan larangan Jabatan Penjara terhadapnya untuk berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua orang tahu pelantikan saya akan menentukan kekalahan pakatan pembangkang,” sindir Mahathir.

“Apalah nak takut sangat perjumpaan saya dengan Anwar. Tentulah ia akan jadi satu lagi langkah kebelakang oleh pakatan pembangkang,” tambahnya lagi.

Rabu lalu, Mahathir dihalang daripada menziarahi Anwar, yang pernah disingkirkannya daripada kabinet ketika menerajui kerajaan pada 1998.

Sementara itu, Mahathir berkata beliau memahami masa lama yang diambil PKR untuk mencapai sebuah konsensus bersama dalam pembangkang.

“Saya percaya persetujuan ini adalah oleh kerana pengasas PKR Anwar dapat mengatasi perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih dari perasaan diri sendiri. Jelas Anwar, seperti semua kami dalam pakatan pembangkang mengutamakan penyingkiran Najib lebih mustahak dari permusuhan antara kami dahulu.

“Bukan mudah bagi Anwar terutamanya. Tetapi jelas Anwar utamakan negara lebih dari dirinya,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.