ROS DIBERI TEMPOH SEMINGGU

 

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diberi tempoh seminggu untuk mengambil tindakan terhadap kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung isu perhimpunan agung tahunan pertamanya yang melanggar ketetapan perlembagaan parti.

Bekas Exco Latihan dan Pengkaderan Pemuda PPBM Nasional, Muhd. Syazwan Ahmad Zainal berkata, aduan telah banyak dibuat oleh Ketua-Ketua Bahagian dan juga ahli tetapi sehingga tidak nampak sebarang tindakan dari RoS.

“Kami ahli-ahli PPBM memberi tempoh seminggu kepada RoS untuk bertindak balas terhadap aduan kami, jika tidak kami akan menggerakkan ahli-ahli dari seluruh negara mengadakan perhimpunan aman di pejabat RoS,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

PPBM mengadakan perhimpunan agung tahunannya buat pertama kali di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada 30 Disember tahun lalu.

Perhimpunan tersebut didakwa tidak mengikut perlembagaan parti itu memandangkan ia telah dibuat tanpa perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan sayap parti berkenaan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.