SERAH LAPORAN SIASATAN FELDA MINGGU DEPAN – FUZI

 

Kertas siasatan berhubung kes pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dijangka dapat diserahkan kepada Peguam Negara (AG) minggu depan.

Namun tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun polis tidak akan mendedahkan butiran lain mengenai kertas siasatan berkenaan.

“Siasatan sedang berjalan. Dijangka ia akan serahkan kepada pejabat Peguam Negara pada minggu depan,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah siasatan sudah hampir selesai, Mohamad Fuzi enggan mengulas lanjut.

“Tak boleh komen berapa peratus (sudah disiapkan). Ia bergantung kepada siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Pada masa sama Mohamad Fuzi menegaskan pegawai yang bertugas menjalankan siasatan dengan serius.

“Mungkin akhir minggu depan (ia akan diserahkan kepada peguam negara) tapi masih bergantung kepada perkembangan siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad telah memberi keterangan berhubung isu berkenaan pada Jumaat lepas kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Selain itu, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad, memberitahu audit forensik terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang dibangunkan di atas tanah Felda yang dipindah milik itu juga telah bermula dan dijangka akan selesai lebih awal.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.