ANNUAR PUJI SIKAP POSITIF PAS KELANTAN

 

Sikap positif yang ditunjukkan kepemimpinan PAS Kelantan dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan dialu-alukan UMNO.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata ia merupakan sikap terbaik dalam usaha membangunkan negeri ini bersama tanpa sebarang sikap prejudis.

“Walaupun pendekatan PAS kadang-kadang seperti ‘Merry-Go-Round’, pusing-pusing akhirnya kembali semula, namun, sejak kebelakangan ini kerajaan negeri ini sentiasa bersikap positif.

“Namun, tidak usahlah kita mengungkit-ungkit atau memperkecilkan segala usaha yang pernah diberikan kerajaan BN sebelum ini dan pandang kehadapan untuk mencari nilai kebersamaan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian selepas merasmikan Karnival Tentera bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, Kota Bharu, pada Sabtu.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Khir Mohd Nor.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.