KUALA PILAH SEJUK MACAM PETI AIS

 

Penurunan suhu rendah di Kuala Pilah yang merekodkan 21 darjah Celcius, menjadi fenomena luar biasa bagi penduduk di kawasan itu.

Seorang suri rumah Norizan Mahadi, 58, yang menetap di Taman Seri Ulu Bendul, Negeri Sembilan sejak 17 tahun lalu berkata keadaan sejuk di kawasan ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan kediamannya berdekatan dengan gunung, namun fenomema sejuk terbaharu itu adalah luar biasa.

“Cuaca sejuk sejak empat hari lalu merupakan pengalaman pertama sejak saya menetap di sini sehingga tidak perlu memasang kipas di siang hari.

“Ketika waktu malam pula, suhu lebih sejuk berbanding waktu siang dan dinginnya terasa seakan berada di dalam peti ais,” lapor Bernama.

Sementara itu, pemandu teksi Md Tahir Md Derus, 46, berkata keadaan berkabus di sekitar kawasan Kuala Pilah pada kali ini adalah luar biasa apabila kabus sepanjang masa.

Tinjauan di Kuala Pilah mendapati cuaca mendung dan dingin sejak awal pagi tadi serta berkabus.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini mengesahkan beberapa kawasan terutamanya di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celcius sejak tengah malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.