MAHATHIR PEMIMPIN YANG BERCELARU – ZAHID

 

Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai ahli politik yang bercelaru dalam kenyataannya apabila mendakwa dipaksa menjadi Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, Pengerusi PPBM itu hanya mengeluarkan maklum balas selepas timbul komen-komen negatif terhadap pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri sementara.

“Apabila pengumuman dibuat bahawa kononnya Pakatan Harapan (PH) menamakan beliau sebagai Perdana Menteri sementara, hari ini apabila ada komen-komen yang sebaliknya terhadap penerimaan pencalonan beliau, maka beliau kata dipaksa,” katanya.

“Saya amat menghargai Dr Mahathir kerana secara konsisten tidak konsisten. Beliau ‘consistently inconsistent,”kata Zahid dengan nada sindiran.

Beliau berkata demikian selepas menutup program Multaqa Permuafakatan Pegawai Masjid dan Guru Kafa Daerah Bagan Datuk di sini, pada Sabtu.

Pada Khamis, Mahathir dilaporkan berkata beliau tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi beliau dipaksa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.