PERPUSTAKAAN 1WILAYAH DIDIK MASYARAKAT BERILMU

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Sebagai memberi kemudahan kepada warga kota, Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan Medan Idaman beroperasi di Danau Kota, Setapak bermula Sabtu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perpustakaan itu merupakan yang kedua ditubuhkan selepas perpustakaan yang sama dibuka di Lembah Pantai pada tiga tahun lalu.

“Perpustakaan kedua ini merupakan salah satu projek di bawah program CSR kelolaan Syarikat Malaysian Resources Corporate Berhad (MRCB).

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

“Lokasinya strategik kerana ia dibina berdekatan dengan kemudahan komuniti seperti surau, sekolah, penempatan dan Pusat Komuniti Taman Ibukota,” katanya.

Tengku Adnan berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan Medan Idaman di Danau Kota, Setapak.

Perpustakaan yang dirasmikan hari ini berkeluasan 13,000 kaki persegi dan menyediakan 13,231 naskah buku yang terdiri daripada pelbagai bahasa selain kemudahan bacaan elektronik.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

Sementara itu, Tengku Adnan  berkata sebuah lagi perpustakaan serupa bakal dibuka di Kampung Pandan.

Pada masa sama, beliau berharap kemudahan purpustakaan itu menjadi contoh kepada syarikat swasta lain yang ingin menyumbang kepada penduduk setempat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.