PARLIMEN JELAS KELEWATAN BAYARAN ELAUN PERSIDANGAN

 

Pengurusan Parlimen Malaysia kesal dengan sikap segelintir wakil rakyat yang gagal mengemukakan tuntutan dalam masa ditetapkan ke atas elaun persidangan sejak tiga tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, badan perundangan negara itu berkata ia menyebabkan pembayaran lewat elaun sidang November lalu yang berjumlah RM1.3 juta terpaksa ditangguhkan ke tahun ini.

“Pada sesi sebelum ini, terdapat 299 tuntutan, namun pihak pengurusan terpaksa mendahulukan tuntutan berjumlah RM1.33 juta bagi tahun 2015 dan 2016 yang lewat dikemukakan ahli parlimen.

“Selain itu, pihak kami juga terpaksa menggunakan peruntukan tahun semasa untuk pembayaran terus lain seperti penginapan dan tiket penerbangan sehingga menyebabkan tuntutan 2017 dibawa ke tahun ini,” katanya pada Selasa.

Pada Isnin, sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan berkenaan elaun ahli parlimen bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima yang didakwa belum dilunaskan.

Pada masa sama, pengurusan Parlimen turut menggesa wakil rakyat mengemukakan tuntutan awal pada sidang akan datang.

“Sekiranya mereka memberikan kerjasama, isu berkenaan tidak akan timbul,” kata kenyataan itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.