‘HARAM JADAH’ UNDI, SOKONG, BANTU DAP – ZAMIHAN

 

Memberi undi kepada DAP pada pilihan raya adalah haram kepada umat Islam, itulah kenyataan tegas Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari.

Menurutnya umat Islam wajib menolak DAP yang secara terang-terangan menunjukkan sifat anti Islam dan mempunyai ideologi yang bertentangan dengan agama suci itu.

“Jelas DAP anti Islam, maka haram untuk umat Islam menyokong aspirasi perjuangan DAP, mengundi DAP bukan haram kering tapi haram basah. Hukumnya adalah haram jadah.

“Contoh dan buktinya mereka menolak hukum hakam Islam berkait dengan RUU 355 yang mungkin ada rangkuman tentang hudud, qisas dan takzir,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada program Sembang Watan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Sabtu.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah NGO beliau tidak gentar dalam menegakkan syiar Islam dan tidak memihak kepada mana-mana parti tertentu.

“Orang DAP nak marah pada saya takpelah, saya tiada kepentingan pada UMNO, PAS, PKR, PAN atau DAP, kita NGO dan kita bersuara demi kebenaran mencari keredhaan Allah.

“Bukan kata orang bagi duit pada kita, syarikat-syarikat tertentu bayar pada kita, kita tidak ada hubungan yang baik dengan kerabat kerajaan langit tertentu pun.

“Haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak benda yang haram itu kesimpulannya ialah haram jadah mengundi DAP,” tegasnya.

DAP yang merupakan serpihan Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP) itu adalah rakan gabungan Pakatan Harapan selain PKR, PPBM dan juga PAN dan telah mengumumkan untuk bertanding 37 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

 

Oleh Najamuddin Mohd Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.