PRU14 : ANGAN-ANGAN MAT JENIN PAS – MAHATHIR

 

Pengerusi Pakatan Harapan mendakwa parti PAS hanya memasang angan-angan Mat Jenin berhubung hasrat parti itu mahu menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tun Mahathir Mohamad berkata ia sekadar impian parti PAS yang jelas dan nyata mereka tidak mampu untuk menjadikannya satu kenyataan.

“Bagus, fantastik. Saya rasa dalam sejarah PAS, mereka sentiasa memerintah ‘negara mereka’.

“Membentuk kerajaan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka menang satu kerusi, tapi mereka masih ada cita-cita yang tinggi untuk bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka hendak bertanding,” katanya di sidang media Pakatan Harapan di pejabat Yayasan Perdana di Putrajaya pada Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat parti itu mahu menjadi kerajaan pada PRU14, bukan lagi pembangkang.

Abdul Hadi baru-baru ini mengesahkan, PAS mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU14 akan datang.

Jelas Abdul Hadi, sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya memenangi PRU14.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, tujuan PAS menyertai PRU14 dilihat hanya memberi kelebihan kepada BN.

“Tujuan utamanya, PAS menyertai pilihan raya adalah untuk memecahkan undi BN dan beri kelebihan kepada Harapan. Jadi BN akan menang,” katanya lagi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.