23 PENGGIAT SENI TUNAI UMRAH

 

Seramai 23 orang penggiat seni dihantar untuk mengerjakan ibadah umrah oleh Yayasan Perdana Ummah.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor berkata, program bermula hari ini sehingga 6 Februari ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Penasihat Perdana Menteri dan Yayasan Mustika Kasih.

“Usaha untuk menghantar penggiat seni menunaikan umrah adalah bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dizahirkan beliau ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Penggiat Seni tahun lalu untuk memberi peluang kepada penggiat seni veteran menziarahi Tanah Suci dan menunaikan umrah.

“Pemilihan penggiat seni ini dibuat sendiri oleh sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi memilih peserta yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan penulis,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Antara penggiat seni yang terpilih menyertai program tersebut ialah Ibnor Riza, Sulaiman Yassin, Abdul Hamid Ab. Rahman atau Hamid Gurkha, Zaiton Sameon, Zaharah Mohd. Yacob atau Sahara Yaacob dan Zaleha Hamid.

Dalam pada itu, Rizal berkata, antara kriteria lain yang dipilih ialah dari segi kemampuan fizikal, keadaan kewangan dan tidak mempunyai larangan perjalanan ke luar negara.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.