‘AJIB’ KL GANGSTER DIREMAN TIGA HARI

 

Pelakon filem KL Gangster yang terkenal dengan gelaran ‘Ajib’ ditahan reman selama tiga hari bermula Selasa untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Penahan aktor Sofi Jikan itu dibuat pihak berkuasa selepas laporan polis yang dibuat pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil.

“Alhamdulillah syukur…pengalaman yang amat menarik,” katanya sebaik ditahan reman selama tiga hari.

Terdahulu, perintah reman tiga hari berakhir Khamis itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 48 tahun yang terkenal dengan dialog ‘kasi sengat’ itu.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Terdahulu, Sofi Jikan yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada jam 11.25 pagi.

Suspek yang diiringi anggota polis keluar dari bilik reman 30 minit kemudian.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara jam 11 malam Selasa ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dua laporan polis yang dibuat pelakon Farid Kamil, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya yang juga dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.