TAMRIN LAPOR SPRM SALAH LAKU DZULKIFLI

 

Bekas pemimpin UMNO, Datuk Tamrin Ghafar hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu sendiri.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu mendakwa SPRM perlu menyiasat Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tamrin menyenaraikan tiga salah laku Dzulkifli untuk disiasat oleh jawatankuasa antaranya bantahan secara terbuka mengenai penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara yang diumumkan kerajaan tahun lalu.

“Sebagai penjawat awam, beliau tidak boleh membuat kenyataan terbuka sekalipun tidak bersetuju, ia perlulah mengikut saluran betul,” katanya kepada media diluar ibu pejabat SPRM, Putrajaya, pada Khamis.

Selain itu, Tamrin juga mempersoalkan kenapa Dzulkifli telah melantik empat penasihat sedangkan dibawahnya sudah ada lima jawatankuasa yang fungsi yang sama.

Ketiga, Tamrin turut menggesa siasatan mengenai dakwaan penglibatan skandal Dzulkifli dengan seorang wanita berstatus isteri orang pada ketika itu.

Berdasarkan Seksyen 494 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan itu seseorang bersalah boleh boleh dihukum penjara.

Beliau berkata, SPRM sebagai badan yang dipertanggungjawab membuat pembersihan terhadap rasuah tidak sepatutnya diketuai oleh individu yang tidak bersih.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.