‘LU REMBAT WA, WA REMBAT LU’

 

“Kasi sengat! Lu rembat wa, wa rembat lu!,” demikian reaksi pelakon Sofi Jikan sebaik dibebaskan dengan jaminan polis pagi Jumaat.

Sofi Mohamad Shoffi Jikan, 48, dibebaskan selepas direman tiga hari sejak kelmarin, bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

“Alhamdulillah, saya dibebaskan hari ini. Saya nak balik rumah dan berehat,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini.

Ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, Sofi menjawab: “Hanya Tuhan yang tahu.

“Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili pelakon itu berkata, anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang dalam tahanan reman.

Terdahulu, Sofi tiba menaiki kereta Proton Inspira di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya bagi proses jaminan polis.

Proses tamat kira-kira jam 11.40 pagi dan Sofi ditemani Hanif serta pembantu peribadi, Razlan Jais.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.