TERIMA KASIH MALAYSIA – PM SINGAPURA

 

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan terima kasih kepada Malaysia sebagai tanda penghargaan dalam proses mencari dan menyelamatkan (SAR) dua warga Singapura yang hilang di Gunung Pulai, Johor.

“Pihak berkuasa Malaysia mengerahkan tenaga kerja dan sumber yang agak banyak bagi operasi berkenaan.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Mohd Khairi Zainudin, pasukan mereka serta pasukan Singapura di lapangan, bagi usaha mereka dalam operasi itu.

“Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!” katanya dalam catatan di Facebooknya.

Dua pendaki warga Singapura, Dominick Tan dan Clarice Lum Jie, dilaporkan hilang di Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sejak Isnin dan ditemukan selamat di Empangan Ulu Choh di Pontian pada Rabu.

Kedua-duanya berumur 27 tahun, dijumpai pasukan SAR pada 11.24 pagi, kira-kira 50 kilometer dari lokasi terakhir mereka dikesan selepas menerima panggilan kecemasan di talian 999 pada Isnin.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.