KIT SIANG KENA HALAU DI JOHOR BAHRU

 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor dihalau ketika ingin mengadakan cermah bagi menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hasrat pemimpin pembangkang itu untuk menyarang kerajaan dengan menaburkan fitah tidak kesampaian apabila dihalang oleh sekumpulan penduduk kampung.

Menerusi satu video berdurasi lebih tiga minit yang tersebar di media sosial, kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru itu bertindak menghalang dan menghentikan program yang sepatutnya bermula jam 9 malam yang menampilkan Kit Siang dan Setiausaha PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, Osman Sapian.

Pertembungan antara pendudukan kampung dan Kit Siang itu mencetuslan kekecohan sebelum pemimpin pembangkang itu bertindak membatalkan program berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk tersebut, seperti biasa Kit Siang menunding jari kepada UMNO dan meminta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menjelaskan  insiden tersebut.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.