GHADDAR KEMBALI SARUNG JERSI TRW

 

Bekas penyerang sensasi Kelantan, Mohammad Ghaddar yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pertengahan musim lalu dijangka akan kembali ke pangkuan The Red Warriors (TRW) dalam tempoh terdekat ini.

Penyertaan kembali Mohammad Gahddar dijangka akan memperkuatkan jentera serangan pasukan bimbingan Sathit Bensoh yang masih buntu mencari kemenangan selepas mengharungi tiga perlawanan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan dalam entri terbaru di akaun Facebooknya memberi bayangan jelas berhubung perkembangan baharu itu.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang masih setia membeli jersi Kelantan FA…whatsapp 014-8116000 untuk mendapatkannya atau boleh didapati di Desa Murni Batik Cawangan Kota Bharu…tempahan jersi nombor 22 dari Lubnan,” tulis beliau.

Jersi nombor 22 itu sebelum ini dipakai oleh Ghaddar ketika mewakili The Red Warriors (TRW).

Pemain itu difahamkan akan tiba di sini pada minggu ini bagi menggantikan seorang daripada pemain import Kelantan.

Perpindahan Mohammad Ghaddar dalam pasukan itu juga kelihatan singkat kerana jendela perpindahan pemain Liga Malaysia bagi peringkat pertama berakhir pada hari ini.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Lubnan itu dikatakan sudah pun didaftarkan oleh pihak pengurusan KAFA.

Malah, khabar angin mengenai perpindahan pemain sensasi itu tersebar di media sosial bola sepak seluruh negara itu pada Isnin.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.