PH : PAKATAN TIADA HARAPAN – PAS

 

Ketidakupayaan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan isu agihan kerusi membuktikan parti itu tidak mempunyai ‘harapan’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Institut Strategi PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata beliau yakin proses agihan kerusi dalam parti komponen PH tidak dapat diselesaikan secara ‘sebulat suara’.

“PH ini parti kelam-kabut, mereka tidak boleh bersatu dengan satu kepala. Terdapat lima atau enam kepala dalam gabungan tersebut.

“Situasi itu jelas memperlihatkan mereka bukan harapan kepada rakyat, tetapi tidak ada harapan sebenarnya.

“Dalam konteks politik ini, kita memerlukan kestabilan dan kestabilan itu hanya melalui seorang ketua,” katanya ketika ditemui selepas majlis dialog rakyat ‘Anda Tanya, PAS Jawab’di Bangunan Koperasi, Medan Syed Alwi, Kangar, Ahad.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.