UMPAN RAKYAT : PISANG GORENG NURUL IZZAH

 

Terpukul melihat kerancakan Barisan Nasional (BN) yang konsisten mengadakan pelbagai program untuk rakyat, Nurul Izzah Anwar juga tidak ketinggalan mengadakan program seperti itu di Lembah Pantai baru-baru ini.

Namun, pemberian percuma goreng pisang itu dilihat adalah tindakan terdesak Ahli Parlimen itu untuk memikat hati pengundi di situ ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

Menariknya, itulah julung kali program seumpama itu diadakan oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai jika dibandingkan dengan pelbagai program rakyat yang telah diadakan oleh UMNO bahagian Lembah Pantai mahu pun menerusi Kementerian Wilayah Persekutan selama ini.

Peliknya, kenapa baharu sekarang puteri sulung bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cuba menawan hati pengundi di situ?

Bermodalkan pisang goreng, beliau cuba mengaburi mata rakyat Lembah Pantai untuk menutup kelemahan dirinya susulan sikap yang agak lepas tangan dalam menangani pelbagai isu berkaitan kebajikan rakyat di situ.

Walaupun Lembah Pantai adalah parlimen dikuasai pembangkang tetapi Kementerian Wilayah Persekutuan tidak memilih bulu untuk meminggirkan nasib dan kebajikan rakyat di situ.

Pujian harus diberikan kepada Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal yang tidak jemu-jemu turun padang menjenguk nasib rakyat Lembah Pantai menerusi program seperti Kenduri Rakyat, Jom Bantu Rakyat, Jualan Sentuhan Rakyat dan sebagainya.

Kini rakyat Lembah Pantai mula sedar yang mana satu kaca dan permata harus mereka pilih pada PRU14 nanti.

Adalah sesuatu yang malang jika rakyat Lembah Pantai termakan umpan pisang goreng percuma Nurul Izzah dan membiarkan segala penat lelah pihak yang membantu menjaga kebajikan mereka selama ini begitu sahaja.

 

Oleh Najamuddin Mohd Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.