AKTA BERITA PALSU KE KABINET SELEPAS TAHUN BARU CINA

 

Undang-undang untuk mengekang berita palsu di laman internet akan dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baru Cina, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, antara kandungan draf pembentangan adalah perincian mengenai berita palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu.

“Selain itu, ada yang membangkitkan mengenai penubuhan entiti dan agensi yang khusus untuk menilai mengenai berita palsu dan isu perbezaan berita palsu dengan komen awam dalam media sosial, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar dan Diskusi Khas Hala Tuju Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Jelas beliau, sebelum ke peringkat tersebut sesi perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, agensi undang-undang serta pemimpin masyarakat mengenai undang-undang berita palsu itu sebanyak tiga kali.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.