JENAZAH ABDUL MANAN SELAMAT DISEMADIKAN

 

Jenazah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Taman Melawati, kira-kira pada pukul 11.30 pagi Selasa.

Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Hidayah Taman Melawati untuk urusan mandi dan solat jenazah.

Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat menziarahi jenazah Abdul Manan yang meninggal dunia kira-kira pukul 7.00 malam semalam dipercayai akibat serangan jantung.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum dan Pengerusi Barisan Nasional Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Anak lelaki tunggal beliau Mohd. Hannan Abdul Manan menjadi imam solat sunat jenazah dengan disertai bersama kira-kira 200 jemaah.

Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar meninggalkan seorang isteri, enam orang anak dan 12 cucu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.