SOFI JIKA TAK MENGAKU SALAH

 

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Mohamad Shoffi Jikan atau dikenali Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC) ke dalam badannya pada minggu lalu.

Pelakon berusia 48 tahun itu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Nurulhuda Zakariya pada Selasa.

Bagi perbuatan itu, Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika bersalah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy manakala pelakon itu diwakili peguam Datuk Haniff Hassan.

Pada Jumaat lalu, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan oleh pengarah, Datuk Farid Kamil.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.