HENTI SEBAR GAMBAR KEMATIAN NUR AFINI – SKMM

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar-gambar pelajar yang maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput, melalui media sosial dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp.

Dalam satu kenyataan SKMM mengingatkan bahawa penyebaran gambar membabitkan kematian ngeri pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas itu boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Rabu, arwah Nur Afini Roslan, 14 meninggal dunia di tempat kejadian selepas bilah mesin rumput melayang dan terkena kepalanya.

Arwah dikatakan sedang menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah itu ketika kejadian.

Insiden itu turut mencederakan dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14 dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.