ISU STADIUM, RUMAH SELANGORKU TUNJUK KELEMAHAN AZMIN

 

Ada stadium yang besar yang nilainya jutaan ringgit tetapi suruh pasukan bola sepak negerinya bermain di padang pasir… inilah tahap pemikiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, kata Datuk Johan Abdul Aziz.

Malah menurut ADUN Semenyih, Azmin juga terlupa atau kurang membaca bahawa di Iraq sendiri mempunyai banyak stadium bola sepak yang agak canggih tidak seperti yang digambarkan.

“Inilah tahap pemikiran seorang Menteri Besar. Maka kita tidak hairanlah kenapa banyak sangat isu di negeri ini yang dia gagal selesaikan seperti isu sampah, wabak denggi dan lain-lain lagi.

“Justeru kita juga tidak berasa pelik yang terbaru bagaimana dia membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku selepas dua tahun pembinaannya diluluskan.

“Inilah bukti betapa gagalnya pakatan pembangkang khususnya Azmin mentadbir negeri. Mereka ternyata hanya bijak bermain politik putar belit atas slogan kononnya ‘peduli rakyat’”, katanya memetik daripada sebuah laman portal.

Tegasnya, tindak tanduk Azmin ini cukup memalukan kerana projek Rumah Selangorku memperlihatkan Azmin seolah-olah menganggap rakyat Selangor mudah diperbodohkan.

“Azmin ingat dia boleh menipu sepanjang masa.  Kita yakin dengan isu stadium dan projek Rumah Selangorku ini serta banyak isu-isu yang gagal diselesaikan sebelum ini akan menjadi pertimbangan penting kepada pengundi.

“Oleh kerana itu juga kita tidak hairan ketika ini banyak desas-desus yang mengatakan dia akan berpindah kawasan pilihanraya akan datang. Ini kerana kalau dia rasakan pengundi di kawasan dia sendiri tidak mampu memberik undi kepadanya maka jelas dia sebenarnya manusia gagal”, ujarnya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.