PIGS : PEMIMPIN PAN ALAMI TEKANAN JIWA – SHAMSURI

 

PAS menyifatkan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang menggelar parti itu PIGS atau ‘babi’ mengalami masalah tekanan jiwa kerana gagal menyelesaikan konflik dalaman melanda Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Shamsuri Ahmad, berkata ahli mahupun penyokong parti itu tidak terkesan dengan gelaran yang diberikan pemimpin PAN itu.

Secara menyindir, Shamsuri menyarankan pemimpin PAN berkenaan supaya terus berbuat demikian sekiranya ia mampu mengurangkan bebanan terhadap permasalahan yang dihadapi mereka.

“Saya merasa sangat ragu di atas kewarasan pihak yang memberikan gelaran sedemikian. Saya tidak langsung berkecil hati, kerana mengenangkan mungkin ianya diluahkan akibat dari tekanan perasaan dan jiwa mereka setelah mengalami masalah dalaman organisasi sesama mereka.

“Saranan saya, teruskan budaya seperti itu sekiranya mampu mengurangkan kekecewaan politik saudara.

“Moga tuan mendapat taufik hidayah dari Allah supaya menjadi manusia yang lebih bermakna,” katanya kepada Watan Online.

Sebelum ini, Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menggelar PAS-IKATAN dan Gagasan Sejahtera sebagai PIGS.

Kenyataan Wan Abdul Rahim disokong Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin, berkata PAS tidak perlu berkecil hati sekiranya gabungan parti itu dan IKATAN yang membentuk Gagasan Sejahtera digelar sebagai PIGS ataupun ‘babi’.

Ini kerana katanya gabungan PIGS yang ditubuhkan PAS pada 16 Mac 2016 itu sememangnya wujud.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.