[VIDEO]PRU14 : myPPP CAMERON HIGHLANDS YAKIN PM PILIH CALON DEKAT DI HATI RAKYAT

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), soal calon mula diperkatakan dan menjadi tanda tanya. Bahkan ada juga segelintir pemimpin yang jarang-jarang kelihatan, tiba-tiba muncul dan mula turun padang mendekati rakyat.

Namun berbeza dengan situasi di Cameron Highlands dimana masyarakat di sana mula melihat dan memberi kepercayaan sejak empat tahun lalu kepada parti myPPP yang dipimpin Presidennya, Tan Sri M Kayveas untuk menjadi calon di kawasan itu dalam PRU14 kelak.

Bagaimanapun, Ketua myPPP Bahagian Cameron Highlands, Dato’ Kanatazan meluahkan hasrat dan yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memilih calon yang dekat dihati rakyat.

“Kita percaya Perdana Menteri yang kita sayangi akan memilih bakal pemimpin yang betul-betul boleh berkhidmat untuk masyarakat,” katanya dalam temubual bersama Watan-Online baru-baru ini.

Menurutnya, sekiranya PM memberi peluang kepada calon dari parti itu, satu kerusi Barisan Nasional (BN) di Parlimen pasti dapat diselamatkan.

“Kita juga jamin myPPP boleh selamatkan satu kerusi untuk BN di Parlimen,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kana yang mewakili myPPP dan masyarakat di Cameron Highlands turut menyampaikan hasrat yang meminta PM untuk datang dan bermesra dengan masyarakat di kawasan itu.

 

Oleh Hazierra Lukman

2 Responses to "[VIDEO]PRU14 : myPPP CAMERON HIGHLANDS YAKIN PM PILIH CALON DEKAT DI HATI RAKYAT"

  1. Hj Moha   February 23, 2018 at 12:40 am

    saya bersetuju di atas apa yg Dato kana kata berkaitan peranan Tan Sri Keaveas di Cameron Highlands.. dan berharap PM memilih dan melantek Tan Sri Keaveas. sebagai calon Palimen Cameronhighland….

    Reply
  2. Azri   February 23, 2018 at 6:18 am

    I am born n bred in Cameron’s since 1957, all these years where was PPP? As a candidate Kayeas has lost many elections , pls bear in mind he is not local, holding a cangkul, attending funerals don’t make you a good candidate

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.