MAHKAMAH BENAR PH CABAR ROS

 

Pakatan Harapan (PH) dibenarkan mencabar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang dilaporkan belum meluluskan permohonan pendaftaran gabungan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam mewakili gabungan pembangkang, Gobind Singh dan Haniff Khatri Abdulla di perkarangan mahkamah selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Azizah Nawawi membuat keputusan itu di kamarnya pada Khamis.

“Kami memfailkan semakan kehakiman untuk mendesak RoS memberikan maklum balas berkenaan pendaftaran kami dan mendesak mereka mendaftarkan PH seperti mana dalam permohonan.

“Mahkamah membenarkan kami mencabar JPPM dan menetapkan 15 Mac. Kami akan meminta tarikh pendengaran lebih awal memandangkan pilihan raya semakin hampir,” kata Gobind.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung PH, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Salleh, Timbalan Setiausaha Agung PAN, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Pada 21 Februari lalu, gabungan itu memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendesak badan itu menjawab berkenaan proses pendaftaran PH yang masih belum diluluskan.

Pembentukan gabungan itu diumumkan tahun lalu yang disertai PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata tindakan perundangan itu akan melambatkan lagi proses pendaftaran PH.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.